Selain dari mimpi aneh tentang Liwat malam tadi aku tiba2 bermimpi tentang M. Nasir. Tetapi yang heran nya selepas aku berbual2 dengan M.Nasir dalam mimpi tu M. Nasir boleh dengan selamba mambanya melompat dari tingkat satu ke bawah. Aku ingat dia cedera ke apa ke, tapi biasalah mimpi aneh biasanya tidak menjanjikan apa-apa. Aku tengok M. Nasir sihat wal afiat boleh berjalan bertemu dengan rakan-rakan di bawah. Sebenarnya episod mimpi aku bertemu M. Nasir tu dalam keadaan seperti aku dan M. Nasir tinggal sebilik. Aku bertanya kepada M. Nasir tentang lagu2 barunya. Dia kata ada la dia tengah wat lagu2 baru tapi lum rakam lagi. Selepas tu aku tengok M. Nasir keluar ke Beranda rumah.Tak sampai seminit aku tengok dia melompat ke tingakat bawah yang aku rasa agak tinggi jugak la. Tapi dia ok aje. Kalu ikut skrip betul2 realiti kalau dia lompat gaya dalam mimpi tu rasa2nya dia dah koma dah. heee
Begitulah asam garam kalau tidur tak baca ayat2 ke atau basuh kaki agaknya. Mesti dapat mimpi2 lawak. Yang bestnya dalam mimpi tu aku boleh tau aku tengah mimpi. Tapi nak menjelaskan kepada diri aku sendiri tak bley. Macam gampang2 aje.
Tu mimpi yang aku dapat malam tadi. Agak2 Si Saiful Bau kari yang mendakwa di liwat Anwar tu dapat ke mimpi malam tadi. Agak2 macamana le mimpi Si Saiful tu. Kalau mimpi basah mesti dia rasa rileks sebab best. Tapi kalau mimpi kering mesti dia frust menonggeng. Macamana pula dengan Dato Najib dan isterinya Rosmah?? Agak2 mimpi apa yang dia dapat malam tadi. Kalau Najib mungkin dia akan bermimpi Altantuya duduk atas bahunya sambil tersenyum macam aku tengok kartun si Zunar dalam majalah Harakah beberpa hari lalu. Kecuali si Rosmah tak dapat la aku nak bayangkan sebab aku tak dapat ilham.
Apa pulak mimpi Anwar, Isteri dan anaknya yang cun Nurul Izah tapi sayang dah kawin dah tu?? Apa pulak mimpi Pak Lah dan Isterinya Jean. Begitu juga Si Khairi Jamaluddin. Macamana agaknya cerita mimpi mereka malam tadi. Bagaimana pula mimpi mereka malam ni??? Mesti penuh misteri.
Masing2 mempunyai mimpi2 yang samada betul atau tidak. Adakah mimpi Anwar akan menjadi realiti dalam bulan september ni. Adakah mimpi Pak Lah akan kekal dalam kerajaan tertayang malam ni? Adakah mimpi Najib bakal menjadi PM di makbulkan. Adakah Mimpi Khairi untuk menjadi PM termuda bakal menghantuinya malam ini???
Kalau di sebut satu2 tentang mimpi2 ke semua individu tadi. Dari Anwar, Pak Lah, Najib dan Khairi ke semuanya bercita2 untuk memimpin Malaysia. Pak Lah mungkin bermimpi untuk melanjutkan lebih lama pemerintahannya. Najib merencanakan mimpinya sebagai pngganti Pak Lah secepat mungkin. Anwar pula akan mengambil alih PM dengan sokongan padu rakyat. Tapi satu kemusykilan pada aku ialah Khairy Jamaluddin. Layakkah dia menjadi PM dalam keadaan mimpinya yang belum lengkap. Malah mampukah dia memimpin Malaysia dalam keadaan dia sendiri pun tak berapa kenal jati dirinya. seperti yang pembangkang sering laungkan??? Mungkin dia harus katakan jangan bermimpilah Aku!!Sebab rakyat masih ada dan kenal siapa pemimpin yang mereka rasa boleh memimpin mereka. Termasuk aku…..
Filed under: Isu Semasa | Tagged: mimpi aneh tidur dan misteri bohong












