Posted on July 20, 2008 by lanjoy
Tengah syok tidur pepagi semalam aku di kejutkan dengan deringan HP. Panggilan dari ofis yang terpaksa aku penuhi sebab kerja tu aku yang handle. Ingatkan nak tidur lelama sikit.
Hari Semalam sebenarnya aku dah berjanji dengan anak sedara aku untuk menemaninya ke Shah Alam. Ada hal penting .Tapi aku terpaksa membuat kerja dulu kat ofis. Selepas dekat setengah jam merepair kerja, anak sedara aku telefon memaklumkan dia dah sampai. Selepas selesai kerja aku dan anak2 sedara aku pun pergi ke Shah Alam. Tapi masa gerak tu dia bukan ke Shah Alam tapi ke PJ. Rupanya dia melencong untuk mengambil barang. Aku ingatkan barang apa rupanya barang-barang Sound System kereta. Ada woofer besar dan lain2. Dia beli dengan member ofisnya di Kampung Medan. Tempat selalunya berlaku berita2 panas dan sensasi.
Sebelum sound system tu di installkan kita orang pergi la makan dulu. Kat area kg Medan jugak. Masa ambik lauk tu aku tak tengok berapa banyak tapi bila dah sampai kat meja aku rasa macam nak makn sebulan pulak. Penuh satu pinggan. Aku budget mungkin dalam 7-8 hinggit. Biasala skang semua barang naik. Tapi selera makan pun ikut naik jgk. Masa tukang kira datang aku dah rela untuk di ketuk dengan hati terbuka tapi bila aku tengok bil yang di berikan aku rasa lapang dada. Samada dia salah kira atau memang makanan kat situ murah. Aku tengok kad dia tulis cuma lima hinggit setengah termasuk air. Maknanya makanan tu dalam 4 hinggit 30sen. Air satu hinggit 20 sen. Kira murah le jugak. Aku doakan restoran tu akan maju le sampai akhir zaman. Kalau dia orang tu betul2 jujur la.
Selepas menikmati makanan yang murah dan menyelerakan aku da anak2 sedara aku dengan member dia bernama ala-ala mexico Calito…erm…netah tul ke tak ejaaan ni. Bergerak le kami ke Subang Jaya untuk menjadikan mimpi muzikal disko asparagus anak sedara aku menjadi kenyataan. Aku ingat kat negara mana rupanya kat area Sunway Dekat dengan ofis bekas partner aku dulu. Tempat tu memang menjadi kegilaan peminat kereta sebab kalau nak jumpa kereta yang tak rupa kereta boley la ke sana. Dulu kereta aku ada jugak tinggal kat situ sebuah Maserati berharga 2 juta US. Sampai sekarang aku tak amik2 kereta tu sebab aku dah jemu dengan kereta tu. Lagipun kereta tu hanya ada kat dalam minda aku aje. Heeee
Sementara kereta di jadikan kelab malam disko kabaret aku ngan anak sedara aku sorang lagi si emey pergi le jalan-jalan dulu kat taman berdekatan. Nak tunggu pomen wat kerja dia orang kata mungkin amik masa dalam 1-2 jam. Sementelaah pulak si emey ni budak yang tak reti fantasi2 kereta ni. Dia jenis budak yang memntingkan kebiasaan sahaja. Kalau ada duit lebih dia rasa lebih baik dia wat belanja kawin dan makan. Ketika berjalan2 kat taman aku terasa nak beli surat kabo. Aku pun gerak le cari tapi sepanjang jalan tu aku tak jumpa kedai jual sekabo tapi awek-awek yang mencabo. Rasanya terang benderang mata aku tengok amoi2 cun dan seksi meksi anarkis culis colibus mumbus. Ia adalah bahasa greek yang bermakna amoi seksi yang boley nampak bolo kalau ada rezeki. hahaha…. Aku perati dari sebalik kejauhan si emey anak sedara aku tu pun seperti seorang paparazi sedang merakamkan video camnyer. Begitu asyik masyik asbestos fustus. Iaitu bermakna kalau ada lalat masuk ke mulut pun dia tak sedo. Begitulah rasanya kalau aku duduk kat area tu dalam sebulan aku boleh jadi seorang Catilus Mambus Fusfus iaitu seorang lelaki gila s@$%.
Setelah lama menunggu tetiba terasa pulak nak minum air kelapa. Adalah seorang penjual kat tamn tu yang membisneskan dirinya dengan air kelapa. Agak kembung jugak perut aku yang semi boroi ni dengan air kelapa. Setelah membasahkan mata dengan aksi amoi aku membasahkan tekak dengan air kelapa pulak.Tapi kekurangan aku ialah aku tak boleh minum air kelapa sebab aku akan jadi lemah gemalai cincai mambai yang bermaksud dalam bahasa negrito iaitu kalau nampak tilam dan bantal akan tidur dengan lenanya. Tapi kat area situ yang panas terik mungkin sebab terlalu ramai setan mamban mana nak cari tempat istirehat. Setelah puas minum aku pun gerak semula ke bengkel kereta kalau2 dah siap mini disko anak sedara aku tu. Tapi rasanya lama lagi la. Sebab aku tengok isi perut kereta anak sedara aku terburai lagi laksana burung murai tercabut ekor. Apa la aku ni….heee
Tengah duk termenung menung di dalam bengkel sekali rupanya ada rupanya port menidurkn diri umpama hotel di padang pasir. Aku tengok si emey dah melabuhkan punggungnya yang comel dengan penuh karisma. Di sebelahnya si Calito dan seorang awek melayu yang jugak sedang menunggu keretanya di pulihkan. Masing2 sedang bersantai mantai ala-ala ikan lumba-lumba. Aku mula2 malu jugak nak lepak kat situ kerana ada seorang awek yang nampak macam tak suka dengan kehadiran kami yang hensem mensem ala-ala mempelam ni. Mungkin dia rasa tercbar sebab pak we dia agak tak berapa mari berbanding kami yang begitu kari ni.
Akhirnya setelah menanti dengan penuh kesabaran dan agak tercabar kesetiaannya siaplah kereta anak sedara aku si Aripan sebuah disko asbestos. Berdentum dentam kereta sepanjang jalan sehingga ramai macha yang rasa tak senang dudk sebab kereta si Arip lebih dasyat dari kereta kebanggaan Macha di dunia yang fana ini. Aku pun rasa teruja jugak sebab momentum gegendang telinga aku telah di manipulasikan ke tahap impak maksima sehingga mengeluarkan taik2 telinga yan terperap lebih lapan tahun. Menitis-nitis air mata aku kegembiraan sebab akhirnya berjaya jugak aku menyejukkan diri di dalam kereta setelah berpanasan tadi. Aku tengok si Emey sudah pun menidurkan dirinya di sebalik bunyian dentuman kereta yang sabung menyabung seperti guruh di langit.
Petang itu pulak selepas mengambil kawan anak sedara aku bernama Hatta aku balik ke rumah. Malamnya bersama dua lagi anak sedara aku pun pergi melancarkan pandangan mata dengan menonton wayang di Alamanda panda Fasha Sandha sandal. Setelah dekat sekurun lia purnama lapan puluh juta tahun tidak menonton wayang akhirnya terkabullah niat aku untuk menonton Bat Man . Tetapi ketika sampai di depan panggung orang ramai yang seperti air pasang dalm telah memuhi panggung. Tiket Bat Man telah di habiskn oleh mereka-mereka yang buta hiburan ini. Hendak tak hendak terpaksa menda anak sedara aku mengambil keputusan untuk menonton wayang cerita bernama JTTCOTW. Aku nak tulis panjan sangat. Cerita si Brendan Frezer hill yang masuk ke perut bumi dalam masa 2 jam setengah berjumpa dengan makhluk aneh dan Dinosaour dan burung bercahaya. Tapi aku masih lum terubat hati sebab nak tengok jugak Bat Man sebab Jokernyer dah arwah sebab bunuh diri. Orang kata ceritan best mambest besta albestos jugak.
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: Jalan2 cari makan dan hiburan | No Comments »
Posted on July 20, 2008 by lanjoy
Hari ni hari Jumaat. Malam tadi malam jumaat. Maknanya semalam hari khamis. Khamis malam jumaat bagi orang berkahwin cukup bermakna. Sebab ada perkara sunat yang perlu di laksanakan. Umpama melaksanakan satu misi untuk negara. Tapi bagi kebanyakan orang malam jumaat adalah setiap malam. Kerana misi itu bukan sehari aje tapi untuk bila2 saje jika berkemampuan dan berkesempatan. Bergantung juga kepada sang isteri kerana mereka ada had dan ada hari. Umpama islam Hadhari Lah tu yang ada had dan ada harinya.
Hari rabu sebelum hari khamis Anwar di tangkap kerana tuduhan liwat. Bagi kebanyakan orang yang faham penangkapan itu adalah sesuatu yang melanggar peraturan negara. Walaupun peraturan itu adalah ciptaan semata2. Sedangkan al-Quran yang memang tak boleh di tukarkan pun menjadi bahan mainan sesetengah orang. Sesuka hati nak tukar ikut keperluan.
Bagi mereka yang bertanggungjawab terhadap setiap tindakan terutamanya kepada Pihak berkuasa iaitu POLIS yang melaksanakan undang2, pendakwaraya dan pemimpin yang terlibat, mereka harus bersedia dengan segala kemungkinan. Pesalah sering di mangsakan sebelum waktunya. Ajaibnya di Malaysia ni, kalau perkara yang melibatkan rakyat, pembangkang atau mereka yang mengkritik kerajaan begitu pantas tindakan di ambil untuk di adili. Walaupun keadilannya sesuatu yang samar2, Kalau pemimpin atau mereka2 yang berkepentingan di dalam kerajaan terkemut2 untuk di adili walaupun kesalahan terpampang luas. ini yang menyebabkan rakyat muak dan jemu. Kita rasa macam hidup di dalam sebuah negara yang penuh kepura-puraan.
Rasanya kalau ada video yang merakamkan jenayah melibatkan mereka yang berkepentingan itu pun tidak menjamin untuk melihat mereka di hukum. Seperti kes Corect! Corect! Corect! Korek! melibatkan sistem kehakiman Malaysia. Lembab betul perjalanan kes itu. Kalau aku PM dah lama aku simpan semua yang terlibat itu di dalam lubang jamban. Mereka ni tiada makna kepada Negara. Perosak Bangsa, Masyarakat dan Sistem pemerintahan. Mereka inilah yang menghancurkan negara. kalau di sesetengah tamadun mereka ni wajib di bunuh kerana mengkhianati negara. Tapi kita adalah tamadun lembut sebab itu ramai yang berani menjadi mangsa peliwat. Semuanya suka menjadi lembut. Menjadi sotong. Aww…awww…
Sebagai rakyat aku mahukan keadilan. Aku mahukan pemimpin yang cekap bukan kaki tidur. Bukan kaki merapu. Bukan bergantung kepada isteri, menantu atau anak-anak.
Filed under: Isu Semasa | No Comments »
Posted on July 14, 2008 by lanjoy
Kenapa orang sanggup menipu? Sanggup memfitnah? Kalau hanya kerana duit orang itu memng mangkuk, bangang, anak haram dan sebagainya yang teruk2 aje la. Kalau hanya sejuta kita sanggup letakkan maruah kat dalam lubang jamban maknanya kita memang setaraf dengan tahi. Dalam bulan ni ada banyak cerita2 dalam akhbar yang keluar tanpa bukti berunsurkan fitnah. Dari Ezam kepada Saiful dan beberpa individu lagi. Adakah mereka ni betul2 mempunyai bukti, mempunyai saksi untuk membuktikan dan mempunyai sumber2 sokongan yangan akan mengukuhkan dakwaan. Jika semua itu tak ada mereka telah melakukan fitnah. Fitnah lebih dasyat dari membunuh. Orang yang memfitnah wajib di hukum seberat2 hukuman. Jika dia memfitnah dengan mengatakan di liwat maka kalau dia berbohong tanpa bukti hukumannya sepatutnya adalah di liwat beramai2. Tapi aku tak sanggup nak meliwat jenis aku sendiri. Terutama yang macam jantan seperti si saiful. kalau si saiful betul2 di liwat tuhan maha kaya. Kalau betul Dato Sri Anwar bersalah pembalasan tetap akan berlaku. Tapi sekarang kemusykilan tentang penipuan lebih besar dari kepercayaan kepada dakwaan Saiful ni. Kalau dia berbohong eloklah mana2 kawan rapat dia suruh dia ni bertaubat Nasuha.
Kalau ada yang mengetahui tentang kes lama Anwar, ramai individu2 yang terlibat telah menerima hukuman kat dunia lagi. Aku tak mahu la cerita lebih2 lagi. Sekarang ni pun salah seorang darinya di katakan berkelakuan seperti kanak2 pun ada. Itu hukum kat dunia, Belum kat sana lagi tu.
Pertanyaan aku tadi tentang kenapa manusia sanggup menipu. Sedangkan mereka tahu hukum hakamnya. Mungkin sebab manusia sudah semakin hilang haluan hidup. Nak senang cara mudah. Bagi duit ambik. Orang suruh menipupun sanggup. Nanti bila dah tua boleh bertaubat. Muda2 ni rasanya macam nakcari harta banyak2. Agak2 dah cukup dalam bank bolehlah patah balik ke pangkal jalan. Mungkin itu dalam kepala hotak mausia2 bongok ni la.
Dulu aku ada member2 yang buka syarikat Travel. Tiap2 tahun dapat tender bawak jemaah haji ke Mekah. Dalam 4 bulan sebelum segala urusan haji tu semuanya jadi mukmin sejati. Kat Mekah sembahyang tak tinggal. Kalu tinggal kang tak balik Malaysia plak…Tapi lepas urusan haji bila balik ofis dalam seminggu sembahyang cukup lima waktu….Tapi lepas dua minggu songkok haji pun bukak. Tanduk pun keluar balik. Sembahyang dari Lima dah jadi 0. Tiap petang bincang pasal nombor apa baik nak keluar. Nombor ekor yang dah di tinggal 4 bulan lepas menjadi pertaruhan balik. Lepas untung bisnes Haji nombor ekor bukan lagi sehinggit dua tapi dah jadi ratusan. Tapi setau aku menang tak pernah jugak. Ada jugak aku perli2 derang ni takkan Haji 4 bulan aje kot? Derang kata ikut sunnah Pak Arab.
Derang pun ceritalah kat aku pasal tok2 Arab ni. Di sebabkan mereka banyak berurusan dengan Tok Arab. Kata derang, Pak Arab selalu pergi melancong luar negeri. Kadang2 berbulan2 tak balik kampung. Jadi ada yang terbabas dengan ayam, berjudi dan sebagainya. Mana yang sempat nikah Mutaah tu kira selamatlah sebab dapat nikah kemudian cerai bila dah puas pakai. Selalunya kat Indon. Bila dah lama dan puas melancong mereka akan balik semula ke negeri masing2. Mereka akan tunggu bulan Haji tiba. Mereka akan menunaikan Haji dan di sana mereka akan bertaubat sehabis-habis. Begitulah mereka buat tiap-tiap tahun. Lepas buat dosa mintak ampun kat tuhan. Kemudian buat balik dosa. Dalam hati aku derang ni ikut Pak Arab Laknat memang le macam tu. Tok Arab tu memang le ramai yang bangang. Sebab tu negara derang kucar kacir. Sesama mereka bunuh membunuh. Tak aman-aman. Yang jahat derang ikut yang baik2 derang tak ikut.
Macam le tuhan tu tak tau. Tok Arab tu pun baral jugak kepala derang. Ingat tuhan akan terima ke pengampunan derang tu. Sebab tu agama islam ni di turunkan kat tempat Arab. Nabi Muhammad sendiri sedia maklum bagaimana susahnya nak kontrol orang2 Arab ni. Mereka kaum yang terkenal dengan ganas dan bersikap perkauman yang kuat. Sebab tu Nabi Muhammad takut bila dia mati takut umat2nya akan berpecah belah. Sekarang pun dah nampak. Orang2 arab ni tak tau bersyukur bagaimana Nabi Muhammad S.a.w yang di pilih tu dari kalangan kaum derang. Sepatutnya mereka menjaga amanah yang tuhan telah bagi tu. Ini tak main bubuh sesuka hati aje tentang hukum hakam tuhan.
Orng2 melayu yang islam pun ikut aje. Tak pernah kaji selidik. Sebab tu mereka tak takut nak menipu sebab mereka belajar dari orang2 yang lebih sudu dari kuah tu. Tapi perlu di ingat bahwa setiap perbuatan kita pasti ada yang memerhatikannya. Kalau tak takut kat tuhan mungkin ada mata orang yang akan nampak. sepandai-pandai penipu akhirnya jatuh ke dalam tong taik jugak. Orang penipu sebenarnya akan di tipu oleh dirinya sendiri nanti. Tak percaya cubalah menipu sebab korang sendiri akan membuka fail tipu korang tu tanpa korang sedar,…
Filed under: Isu Semasa | Tagged: Tipu menipu orang bangang bodoh | No Comments »
Posted on July 11, 2008 by lanjoy
Ntah apa la nasib aku hari ni, bangun2 tido aje, kerongkong rasa macm di garu2 dengan garpu. Maka dengan tanpa relanya aku terpaksalah membatuk2kan diri sepanjang hari ni. Virus batuk begitu kuat sehingga aku nak bercakp sepatah akan di sertai dengan batuk jua. Kerja aku hari ni di tahap darurat. Kena submit annual report untuk VC. Rasa macam nak tergolek dog aje sebab kesan ubat batuk yang kuat mnyebabkan aku tengok setiap orang yang lalu lalang adalh bantal dn tilam. Naib baik aku masih dapat mengkontrolkan diri. Kalu tak ada yang aku dah peluk sebab nampak iras2 bantak busuk.
Oklah tinggalkan dulu kisah batuk aku hari ni. Mari kita bincangkan isu2 semasa pulak. Malam tadi dalam dengo tak dengo sebelum aku berlepas ke Downtown bersama anak2 sedara aku, terdengar kisah Pak Lah nak melepaskan jawatannya kepada Pak Najib pada tahun 2010. Aku bukannya nak berpihak kepada mana2 pihak apatah lagi aku bkn ahli pari politik mana2 parti. Dengan itu bolehlah aku mengutuk mereka. Harap pemimpin2 tidaklah melenting bila di komen. Bagi aku keputusan Pk Lah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Semua orang dah boleh jangka. Cuma dapat ke Najib menunggu lama2 untuk mengejar title no 1 ni. Ikut sejarah jawatan no 2 terlalu kejam. Macam ada duri yang begitu tajam d kerusi empuk ni. Bukan mudah nak duduk. Ramai TPM yang tak merasa jadi PM macam Pak Musa, Pak Ghafar dan Pak Anwar. Jadi kalau Pak Najib masuk dalam senarai harap2 dia dah bersedia. Apatah lagi isu2 yang mengaitkannya begitu berbisa.
Aku nak komen jugak pasal pak menteri yang berada di dalam kerajaan. Aku harap mereka berkhidmat untuk Rakyat bukan untuk Parti. Sekrg meeka terlalu banyak bersembang pasal Parti. Bukan bercakap untuk mempertahankan Rakyat. Minyak naik menunjukkan kualiti perkhidmatan mereka. Kerajaan yang baik, yang profesional pastinya tahu macamana nak jaga hati rakyat. Profesonallisme mereka memang jauh panggang dari api. Kalau mereka bekerja untuk rakyat dengan niat dan doa kepada Tuhan mereka pasti bekerja dengan bersungguh2 moga2 rakyat heppi dan negara aman.
Aku rasa geram tapi tak boleh nak menyuarakan kemarahan aku berlebaihan kerana nanti aku akan kena ISA. Kalau kena ISA aku dah tak jadi orang lagi. Bak kata mereka yang tahu duduk di dalam tu mereka d ajarkan bahawa malam itu siang dan siang itu malam. Pagi di suruh masuk tido, maghrib di suruh bangun dan bersarapan. Kalau kena gayanya mungkin bila keluar dari sarang bercakap pun meraban nampak matahari kata bulan nampak lelaki ingat pompuan . Last2 jadi kes liwat. Heee…selisih malaikat 440.
Kalu tengok kat Parlimen kita tahu kualiti seorang pemimpin itu. Ada yang macm budak2 sekolah. Bercakap ikut sedap mulut. Ada yang anggap rakyat bodoh tak nampak perlakuan mereka. Sepatutnya mereka berhujah dengan hujah seorang profesional. Bercakp dengan nada kualiti seorang pemimpin berotak bukan bercakp pakai tapak kaki. Kalau aku ada kat situmau rasanya aku baling dengan bom kentut. Biar busuk satu dewan parlimen. Silap2 mau satu penggal tak ada persidangan Parlimen tapi jadi persidangan PBB sebab nak bincangkan kaedah menghilangkan bau kentut aku tu.
Dalam pada tu ramai jugk pncacai2 yang cari duit dengan menggesel2 kat kaki pemimpin. Macam kucing kurap. Dulu aku ada kenal beberapa orang yang kerjanya duduk pejabat menjual mulut dengan mengaitkan keakraban dengan pemimpin2 tertentu. Kemudian mintak duit kalau nak dapat projek. Atau ada yang mintak komisen kalau berjaya mendapatkan projek. Sesetengah tu memang ada kena mengena dengan mana2 pemimpin tapi kebanyakkannya hanya baru berselisih bahu kat mana-mana kementerian dah bagitau dia baik dengan menteri itu ini. Kemudia jual air liur basi bagitau pak menteri dah macam bapak dia dan dia adalah kroni. Kalau nak dapat tender bagilah dia barang sejuta dua. Banyak sebenarnya cerita tentang mereka ni tapi aku rasamalas nak cerita. Kalau aku cerita mau 490 tahun tak habis.
Sebenarnya aku tak ada modal nak cerita apa2 tapi sebab dah terbiasa nak menulis. Maka aku pun main tulisaje la apa2 yang berada di kepala ni. Nanti blog tak aktif la plak…Memandangkan kepala pun dah penin2 tebuan lepas makan ubat. Jap lagi aku nak menidurkan diri. Esok kena kerja. Hari sabtu orang pergi bercuti aku pergi ofis. Aaaaaarghhh……….Aku nak rilek……tolon lah daku ini yang kesepian di ofis esok…
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: aku diri mu batuk yang seksi | No Comments »
Posted on July 8, 2008 by lanjoy
Selepas puas cerita liwat meliwat, mari kita belajar pula cara-cara untuk mengangkat sumpah seranah. Bersumpah untuk menyatakan tentang kebenaran. Bahawa sesungguhnya kita kena bersumpah demi untuk menunjukkan kepada semua bahawa kita adalah betul. Tiada satu pun yang betul kecuali yang betul-betul aje. Ntahlah apa nak jadi dengan negara aku ni sekarang. Balik2 cerita pasal liwat…liwat…liwat dan liwat lagi.
Sekarang ni semua orang rasa nak meliwat aje. Heee…tapi aku bukan gay…sori laa…kekadang sebab dah terbiasa dengan sebutan liwat tu…Asyik tersasul aje…Kalau yang dah berkahwin tu terutama si isteri mesti rasa was2 tengok laki mereka. Takut2 terbawa2 pula sang suami dengan isu liwat meliwat ni. Silap haribulan halal haram tolak tepi naya badan…heeee Esok pergi kerja jalan tak ikut step…aligment pun dah lari…hehehe
Tapi nak wat camner kan…surat kabar, tv, semua asyik ulang perkataan yang sama aje. Benci aku…Tak lama lagi dalam sukan pun nanti ada kes liwat sesama mereka pulak. Pemain bola si polan bin si polan di dapati bersalah meliwat seorang pengadil perlawanan kerana marah kerana tidak berlaku adil kepadanya, dengan memberikan kad merah. Akibatnya si pengadil terpaksa di kejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan teruk di %&%&**nya.
Kemudian keluar pulak isu di sekolah, akibat tidak tahan dengan cemuhan rakan-rakan seorang pelajar tahun 2 ……..telah meliwat rakannya ketika pulang dari sekolah. Tetapi malang bagi pelajar yang meliwat itu apabila mangsa telah mengadu kepada bapanya yang kebetulan seorang pengamal homoseks. Akibatnya pelajar yang meliwat itu di liwat pula oleh bapa kepada mangsa liwat tadi. Akibat dari kejadian itu pelajar yang di liwat oleh bapa yang di liwatnya telah membuat laporan polis. Malang berganda kepada pengadu apabila pihak polis yang menerima laporan itu juga seorang pengamal homoseks. Akibatnya si pengadu di liwat sekali lagi. Begitulah ceritanya kes liwat meliwat itu. Tiada kesudahannya di sebabkan setiap orang telah menjadi pengamal aktiviti liwat meliwat yang tegar.
Setelah isu liwat ini menjadi begitu besar dan menjadi serius berlaku pelbagai bencana. Banyaklah kes-kes liwat meliwat yang ke udara. Jenayah liwat berleluasa. Akibatnya pihak Polis menjadi buntu kerana dalam sehari mesti ada dua tiga kes liwat. Untuk membuktikan kesalahan agak sukar kerana mangsa terpaksa membuat pemeriksaan di hospital dan di confirmkan samada di liwat atau tidak oleh doktor. Tapi si doktor pun dua kali lima jugak maka kes liwat telah tidak dapat di buktikan. Hakim tiada pilihan maka hanya dengan bersumpah sahajalah maka kes ini dapat di jalankan. Namun keadaan menjadi caca marba kerana ketika di mahkamah peliwat dan yang di liwat telah bersumpah seranah sesama mereka untuk membuktikan kebenaran. Mahkamah menjadi lintang pukang. Kerana banyaknya kes liwat yang berlaku seluruh negara akhirnya terpaksalah di gubal satu akta liwat peringkat nasional. Satu mahkamah khas yang membicarakan kes2 liwat terpaksa di tubuhkan dengan di anggotai oleh Hakim Liwat dan peguam Liwat. Pendakwaraya juga kena memahami kes liwat dengan betul2 dengan mempraktikkannya secara berleluasa. Majlis angkat sumpah juga di jalankan di hadapan pesuruhjaya sumpah yang selalunya menjadi bahan sumpah seranah kedua-dua pihak yang bertelingkah. Kerana terlalu kerap bersumpah dengan kuasa tuhan ramai yang menjadi sesumpah.
Itulah masalah yang melanda negara kita sekarang ini dengan kes liwat meliwat ni. Sehinggakan makan dan minum pun asyik teringat aje pasal liwat meliwat ni. Benci tul aku….Marilah kita bersumpah-sumpah di hadapan sesumpah untuk membuktikan kita bukan pengamal seks liwat meliwat ni. Akan banjirlah chow kit dan bukit bintang sehingga ke Tasik Permaisuri dengan mereka-mereka yang takut bersumpah kerana merupakan pengamal aktiviti lubang jamban ni. Pihak bandaraya juga yang menjadi mangsa kerana kekotoran akan bertambah kerna banyak tong najis yang pecah berserakkan di atas jalan dan sekitar taman lantaran aktiviti yang tidak dapat di bendong ini…
Semua orang kena berhati-hati dengan jamban masing-masing di takuti akan menjadi mangsa peliwat2 yang bermaharajalela. Inilah masalah yang bakal melanda negara jika isu liwat ini tidak di bendung dengan segera. Janganlah nanti bila sudah terlajak keretapi baru nak brek kereta. Akibatnya motor yang menjadi mangsa…Haaa…..penin kepala aku…Ini semua pasal liwat punya pasal….benci aku….haaa…..
Filed under: Isu Semasa | Tagged: Cerita pasal liwat dan lain-lain | No Comments »
Posted on July 5, 2008 by lanjoy
Selain dari mimpi aneh tentang Liwat malam tadi aku tiba2 bermimpi tentang M. Nasir. Tetapi yang heran nya selepas aku berbual2 dengan M.Nasir dalam mimpi tu M. Nasir boleh dengan selamba mambanya melompat dari tingkat satu ke bawah. Aku ingat dia cedera ke apa ke, tapi biasalah mimpi aneh biasanya tidak menjanjikan apa-apa. Aku tengok M. Nasir sihat wal afiat boleh berjalan bertemu dengan rakan-rakan di bawah. Sebenarnya episod mimpi aku bertemu M. Nasir tu dalam keadaan seperti aku dan M. Nasir tinggal sebilik. Aku bertanya kepada M. Nasir tentang lagu2 barunya. Dia kata ada la dia tengah wat lagu2 baru tapi lum rakam lagi. Selepas tu aku tengok M. Nasir keluar ke Beranda rumah.Tak sampai seminit aku tengok dia melompat ke tingakat bawah yang aku rasa agak tinggi jugak la. Tapi dia ok aje. Kalu ikut skrip betul2 realiti kalau dia lompat gaya dalam mimpi tu rasa2nya dia dah koma dah. heee
Begitulah asam garam kalau tidur tak baca ayat2 ke atau basuh kaki agaknya. Mesti dapat mimpi2 lawak. Yang bestnya dalam mimpi tu aku boleh tau aku tengah mimpi. Tapi nak menjelaskan kepada diri aku sendiri tak bley. Macam gampang2 aje.
Tu mimpi yang aku dapat malam tadi. Agak2 Si Saiful Bau kari yang mendakwa di liwat Anwar tu dapat ke mimpi malam tadi. Agak2 macamana le mimpi Si Saiful tu. Kalau mimpi basah mesti dia rasa rileks sebab best. Tapi kalau mimpi kering mesti dia frust menonggeng. Macamana pula dengan Dato Najib dan isterinya Rosmah?? Agak2 mimpi apa yang dia dapat malam tadi. Kalau Najib mungkin dia akan bermimpi Altantuya duduk atas bahunya sambil tersenyum macam aku tengok kartun si Zunar dalam majalah Harakah beberpa hari lalu. Kecuali si Rosmah tak dapat la aku nak bayangkan sebab aku tak dapat ilham.
Apa pulak mimpi Anwar, Isteri dan anaknya yang cun Nurul Izah tapi sayang dah kawin dah tu?? Apa pulak mimpi Pak Lah dan Isterinya Jean. Begitu juga Si Khairi Jamaluddin. Macamana agaknya cerita mimpi mereka malam tadi. Bagaimana pula mimpi mereka malam ni??? Mesti penuh misteri.
Masing2 mempunyai mimpi2 yang samada betul atau tidak. Adakah mimpi Anwar akan menjadi realiti dalam bulan september ni. Adakah mimpi Pak Lah akan kekal dalam kerajaan tertayang malam ni? Adakah mimpi Najib bakal menjadi PM di makbulkan. Adakah Mimpi Khairi untuk menjadi PM termuda bakal menghantuinya malam ini???
Kalau di sebut satu2 tentang mimpi2 ke semua individu tadi. Dari Anwar, Pak Lah, Najib dan Khairi ke semuanya bercita2 untuk memimpin Malaysia. Pak Lah mungkin bermimpi untuk melanjutkan lebih lama pemerintahannya. Najib merencanakan mimpinya sebagai pngganti Pak Lah secepat mungkin. Anwar pula akan mengambil alih PM dengan sokongan padu rakyat. Tapi satu kemusykilan pada aku ialah Khairy Jamaluddin. Layakkah dia menjadi PM dalam keadaan mimpinya yang belum lengkap. Malah mampukah dia memimpin Malaysia dalam keadaan dia sendiri pun tak berapa kenal jati dirinya. seperti yang pembangkang sering laungkan??? Mungkin dia harus katakan jangan bermimpilah Aku!!Sebab rakyat masih ada dan kenal siapa pemimpin yang mereka rasa boleh memimpin mereka. Termasuk aku…..
Filed under: Isu Semasa | Tagged: mimpi aneh tidur dan misteri bohong | No Comments »
Posted on July 4, 2008 by lanjoy
Liwat???? Dalam minggu ni rasanya aku ada la dengo2 dalam sejuta 40 kali perkataan lucah melampau ni. Tapi di sebabkan kes anwar yang dulu liwat dah di biasa-biasakan kedengarannya maka perkataan tu dah jadi ayat lazim. Kalau kat sekolah rendah pun budak2 tadika boleh menyebutnya apatah lagi di luar. Ntah la apa nak jadi sekarang ni. Aku nak cadangkan supaya di galakkan perkataan Liwat ni untuk menjadi ayat penyambung dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Contohnya gantikan perkataan liwat dengan perkataan “Letih”. Contoh ayatnya….”Letihlah” aku hari ini. Maka menjadi “Liwatlah” aku hari ni. Atau gantikan perkataan “Beri”..Contoh ayat - Beri saya buah terung itu. Tukar kepada Liwat saya buah terung itu.
Begitulah perumpamaan ayat-ayat rosak yang sepatutnya di ajarkan di sekolah-sekolah sekarang. Sebab itulah masyarakat kita semakin rosak. Sebabnya pemimpin-pemimpin banyak mengajar benda-benda yang merosakkan. Aku tak tahulah kenapa banyak2 benda yang mangaibkan Liwat juga menjadi pilihan. Selain dari perkataan liwat nama Anwar Ibrahim juga sering menjadi penjodoh bilangan yang di gemari. Kalau ada Liwat mesti ada Anwar Ibrahim. Kesian betul Hamba Allah tu. Tak habis2 menjadi mangsa kes liwat. Samada dia buat atau tidak orang tetap akn merujuk pada dia. Rasanya kalau ada komplot yang mengaitkan Anwar dengan Liwat ni mereka tentu telah berjaya. Malahan mereka mesti tersenyum bangga sebab mereka telah lulus periksa. Tapi rasanya mereka2 ni mesti bengap dan bangang. Selain tu bodoh dan bangsat. Lebih hina dari babi. Lebih taik dari tahi. Sebab lulus periksa bab memecah belahkan masyarakat. Memakmurkan perkataan geli geleman tu.
Satu lagi aku nak komen ialah pasal nama mangsa si Liwat iaitu Saiful Buhari. Betul ke ejaan aku ni…Ke Saiful Liwat???Ke Liwatlah Saiful???…Lantaklah apa nama pun…Kalau betul la si Saiful tu kena Liwat dengan Anwar selain dari merasa segan, dia mesti malu2 nak tunjuk muka walaupun dah membuat laporan. Tapi aku tengok dalam paper mukanya agak begitu menonjol teruja. Selamba dan begitu bersahaja. Cenderung kepada perwatakan orang yang memang sudah lali dah biasa dengn liwat. Banyak terdapat di Chow Kit, Bukit Bintang dan Stesen Keretapi Aloq Star…Dulu aku selalu tengok model2 kat situ…heeee…Sama dengan aksi Si Saiful tu…Cuma si Saiful ni lebih tertib la….Biasa la kalau Gay, mereka ni memang tak nampak macam pondan…. Nampak macam jantan. Cuma nalurinya lebih kepada kebetinaan.
Liwat dalam lain perkataan ikut bahasa Inggeris iailah Sodomi…hmmm tul ke ejaan aku ni…macam pelik aje…. Satu perlakuan yang biasanya di lakukan oleh pelakunya seorang jantan. Perempuan tak boleh meliwat sebab dia tak cukup syarat. Kalu ada perempuan yang boleh meliwat dia mesti mempunyai harapn ada dua benda…heeee…
Perkataan Liwat ni sebenarnya jijik dan memalukan sesiapa yang mendengarnya. Sebab biasanya perlakuan liwat ini di lakukan di antara seorang lelaki dengan perempuan melalui jalan belakang. Ikut Tong Najis. Hukumnya haramla. Mana boleh… Kang buatnya menjadi anak…Takkan la anak tu nak keluar ikut lobang jamban…heee…NAnti kepala penuh taik…Satu lagi perbuatan ni biasa terjadi diantara golongan Gay dan pondan yang kemaruk #@%. Mereka akan bergandingan sesama mereka untuk mencapai hasrat di jiwa yang terpendam. Biasanya jantan dengan jantan yang tak boleh nampak jamban jantan mesti rasa stim. Aku pun heran tul apa la bestnya sesama jantan buat benda haram jadah tu. Hanya mereka yang boleh menjawabnya…..Sedap kot…kena taik..mesti ada rasa penin2 lalat…yek…
Rasa2nya dek kerana liwat ni satu perbuatan yang jijik tahap materialistik maka ia menjadi tohmahan. Sebab itu Anwar Ibrahim menjadi galang gantinya. Supaya orang jijik dengan dia. Tapi semua orang boleh tahu antara intan dan permata, antara dosa dan pahala. Tak semua orang akan terpedaya tanpa bukti. Cuma bukti yang di reka-reka sahaja yang membuatkan orang percaya. Percaya kepada pembohongan. Percaya bahawa hanyan penipuan sahaja yang benar-benar berlaku bukannya kebenaran.
Hmmm….macamana tiba-tiba kawan aku si Amin ni boleh muncul dalam otak aku ni….Heee…Mungkin sebab dia ni pantang nampak perempuan kot…macam aku jugak la heee….Nasib baik aku jumpa member satu kepala kat ofis baru yang masih bujang yang satu jalan dengan aku. Kalaulah si Amin ni melencong nafsunya nahas jugak la. Silap2 aku juga menjadi mangsa liwat. Sebab budak Amin ni bukan sahaja jantan malah agak besar jugaklah orangnya hahaha…Kalau kena mesti naya…Rabak maa….Syukur alhamdulillah mamat ni jenis yang rambang mata tengok pompuan. Kalau rambang mata tengok jantan….Awwww…mak tak rela…you…aww..aww lagi…..
Filed under: Isu Semasa | Tagged: Liwat meliwat lewat dan sejenisnya | 3 Comments »
Posted on July 2, 2008 by lanjoy
Aku rasa minggu ni adalah minggu sakit kpd pekerja2. Bkn sahaja sakit duit tapi juga kesihatan. Lebih2 lagi mental. Kepala asyik fikir masalah aje…Hutang keliling pinggang. Harga brang naik, minyak dah macam emas. Makan kt mapley pun dah macam kt starbucks. Darah asyik naik aje. Kerja pulak bersepah-sepah perlu di bereskan. Nak tak nak sesetengah manusia seperti aku ni, terpaksalah merelakan diri untuk kurang sihat. Kepala pening, tekak sakit, badan sengal2, jalan huyung-hayang dan akhirnya dussh colapse kat bilik semayang menidurkan diri untuk sejam dua. Lepas tu sambung balik kerja.
Minggu ni bukan aku sahaja yang di jangkiti virus demam selesema tahap kronik, tapi juga 4-5 orang lain. Sebahagian besar dari mereka ada yang mencari doktor untuk mc hammer. Tapi di sebabkan aku ni pekerja rajin berdedakasi, cemerlang, gemilang, temberang maka aku menghadirkan diri juga ke ofis. Walaupun sebenarnya aku rasa setiap saat adalah bilik tidur di ofis tu. Cuma nak tidur aje tak bley, sebab ramai orang yang lalu-lalang. Kang buatnya aku tidur kat tengah-tengah halaman susah jugak.
Salah satu sebab aku kurang sihat mungkin kerana pembawaan air terjun gunung ledang. Anak sedara aku la yang begitu teruja mengajak aku berbulan madu bersama mereka tu. Masa nak pergi adalah saat terindah seperti nak toot…toot… malam pertama. Bila dah sampai kat lokasi macam kera lupa daratan. Terkinja-kinja dan melompat-lompat kegembiraan dengan berkarisma sambil berenang2 di kolam yang begitu dalam separas ketiak. Mandi-manda bersama2 anak2 sedara aku yang 4 ekor lagi…salah seekor memang layak di panggil kera kerana aksi karaokenya mendayu-dayu menyampaikan lagu berirama hutan hujan tropika bertajuk ” Panggilan Tarzan - versi chimpanzee”.
Sebenarnya aku bukan la begitu hyperaktiviti macam anak2 sedara aku tu, mungkin kerana aku kena jaga reputasi sebagai senior. Tetapi terlajak jugak untuk berenang2 gaya kura-kura. Nak kata berenang bebas tak jugak sebab ada orang yang perati. Ada la beberapa ekor ayam jinak-jinak merpati datang bersama2 rakan turut mandi-manda bersebelahan. Mereka mungkin juga mengintai di sebalik kamar aksi2 lucah aku dan anak2 sedara aku. Selain dari seksi sehingga menampakkan body dan otot2 seksa, mereka juga berpeluang melihat bird2 kami yang seperti ingin bebas dari sarangnya…walaupun sedang kesejukkan di bawah. Almaklumlah bila dah basah kuyup…heeee… Itu di tambah lagi anak sedara aku yang bernama emey yang tak segan silu berenang-renang di ketepian sambil bertelanjang bujur….bak kata Karam singh walia…berenang-renang ke hulu…bertelanjang nampak bulooo….heeee…
Mungkin di sebabkan aksi kurang sopan anak sedara aku tu maka aku dan anak sedara aku yang sorang lagi bernama arip, di serang sindrom sakit tekak. Akhirnya mmebawa kepada demam sesema kera……
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: AKU, DIA DAN SEMUA, ENGKAU | No Comments »
Posted on July 1, 2008 by lanjoy
Aku nak cerita pasal motosikal. Kenapa motosikal sekarang ni semakin di minati? Walaupun sbnrnya kenderaan ni la paling banyak menyusahkan pengguna jalanraya. Walaupun sbnrnya yang bangang bukan motor tapi orang yang di atasnya tu. Kalau pasal di minati aku rasa mat rempit aje boleh menjawabnya. Kalau pasal terpaksa rasanya orang2 macam aku ni la yang memerlukannya. Sbbnya semua orang boleh tahu. Minyak…minyak…minyak. Selalunya kereta aku paling koman aku isi RM10. Tapi sekarang ni RM10 macam isi tangki untuk basikal. Rasanya la. Atas alasan yang munasabah ni la aku rasa ramai orang terpaksa menggunakan motosikal. selain untuk ke tempat kerja juga untuk hal-hal lain. Kereta adalah barang hiasan di rumah. Letak molek-molek dan framekan. Kalau nak gempak bolehlah gantungkan kat dinding.
Tapi walaumacamapun aku masih berkereta juga ke ofis. Sebab rasanya aku terpaksa la jugak. Motorsikal aku yang telah aku gunakan selama 10 tahun, abang aku dah amik. Then tiba-tiba dia bagi adik ipar dia. Then aku tak tau mana motosikal aku tu??? Then…then…then…kenalah aku naik kereta…
Pagi ni aku pergi kerja bersengketa dengan motosikal. Ada ke dia boleh duduk tengah-tengah jalan yang tengah bz macam jalan tu mak atuk dia, cucu sebelah abah nenek atuk dia. Aku rasa orang yang bawak motor tu tengah tidur kot. Macam dia kat atas katil aje. Sedang bersantai-santai berlunjuran kaki di dalam sinki. Bengang tul. Kalau la aku ni suku sakat taliban dah tentu mamat tu menerima pembunuhan di tangan aku.
Aku bukannya bengang apa. Dah le mat rempit menyebabkan rasa cinta ku pada motosikal jatuh menjunam, ini di tambah pulak oleh orang2 yang rasanya dirinya adalah manusia paling kebal di dunia fana ni. Kang kalau tersenggol-senggolan bukan ke dia akan menyembah bumi. Kalau menyembah bumi berseorangan tak pe la. Kalau ada si Lori tanah ke, bas ke, kereta ke….menjadi lempeng la nampaknya. siapa yang menyesal. anak-anak, isteri dan keluarga jugalah yang akan meratapinya. Aku nasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya. Agar penyesalan dapat di elakkan. semua orang rasa heppi. Tapi nasihat ni bukannya untuk mat rempit sebab mereka memang layak untuk menjadi mangsa. selain dari mangsa kemalangan juga jadi mangsa cacian, makian dan penghinaan tahap tertinggi di dalam jamban.
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: motorsikal aku dan mereka | No Comments »
Posted on June 24, 2008 by lanjoy
Aku balik kerja awal hari ni. Nak stay back malas, wlaupun kerja tgh byk. Minggu dpn nak submit. Ada 2 projek besar yang perlu di settlekan. Tapi di sebabkan hari ni hari gaji semua pakat belah awal tinggal aku dgn budk photo. Juga di sebabkan ofis aku tu byk cerita-cerita mistik maka dengan relanya aku terpaksa pulang awal. 2 Minggu lepas aku dah kena. Cadang nak tidur ofis so aku pun mandi kt bilik air. Kedudukannya kat belakang dah misteri, ntah camner sedang elok aku mandi lampu yang tak pernah buat hal tiba-tiba berkelip2 hidup mati. Aku yang sedang berboghel…heeee terus rasa seram sejuk semacam. Tapi lepas tu aku rasa macam ok la sbb tak syak apa-apa. Bila aku beritahu orang lama, mereka kata benda tu biasa. Kadang-kadang memang dia nak usik2. Ada kes bunyi paip air, orang menjerit, buku tiba-tiba jatuh ada kat tempat dia balik dan ntah apa lagi. Aku harap benda-benda tu tak kacau aku la. Insyallah.
Sbnrnya kita memang di kelilingi oleh perkara-perkara mistik. Benda tu berada di mana-mana. Kita boleh nampak kalau dia nak. Ada juga manusia yang di berikan kbolehan deria ke enam aka six sense tu. Seperti di kampung aku ada seorang budak perempuan dalam darjah enam selalu aje berperangai aneh. Kalau berjalan tak ada ribut x de angin kalau berjalan tiba-tiba terlompat-lompat. Walaupun di penglihatan kita tiada apa-apa yang menghalang. Mengikut orang yang rapat dengan budak tu kalau dia melompat atau berjalan pelan2 tu maknanya dia tengah mengelak benda-benda aneh tu. Ada sekali budak tu cerita kadang-kadang benda tu mengusik sehingga menyebabkan kenderaan terutamanya motor terbabas bila terlanggar atau di sentap oleh benda tu. Walaupun aku kira mustahil sebab benda tu kan tidak berjasad macam mana boleh memegang atau di sentuh. Allahualam aku tak berani nak kata benda2 macam ni.
Ada satu kes lagi anak sedara aku kat JB, juga bercerita pasal member pompuan sekelasnya yang ada deria ke enam ni. Dia boleh nampak benda-benda tu merata-rata kat sekeliling sekolah, kelas dan semuanya. Dalam kelas tempat mereka belajar tu pun ada benda-benda tu duduk sama. Kadang-kadang kalau member dia tu diam tak bercakap-cakap sambil matanya terkebil-kebil dan berkerut2 tu maknaya beda tu datang. Benda tu boleh bercakap dengan dia. Mengikut katanya fizikal makhluk tu ada pelbagai. Kita boleh bayangkan la kepelbagaian tu macam mana.
Sedang aku menulis ni, akak aku tak renti2 bercerita pasal ceramah profesor di ofisnya. Selain dari pakar seksual dan psikologi dia juga boleh bermain silap mata. Profesor tu tunjukkan skillnya dengan membengkokkan sudu, hanya dengan pandangan mata. Mengikut profesor tu sebenarnya semua kejadian seperti membengkokkan sudu tu boleh di kawal dengan otak atau bahasa akademiknya minda. Bukan gunakan benda-benda yang aku cerita tadi. Kebolehan otak pula sebanrnya banyak. Kalau kita di berikn kebolehan untuk mengawal otak maknanya kita juga boleh melihat benda-benda yang tadi tu. Semuanya dengan kuasa minda. Malahan ada orang boleh mempengaruhi orang lain untuk membuat apa yang di suruhnya menerusi kuasa minda. So sebenarnya kita boleh menjadi hantu yang lebih hantu dari hantu sebenar kalau keblehan minda tu di salah gunakan.
Akak aku juga bercerita lagi pasal profesor tu. Kali ni tentang expertisnya tentang seksual dan psikologi. Memandangkan dia seorang pakar kaunseling seksual maka dia bercerita tentang manusia yang terlibat dengan seks ni dalam pelbagai bentuk. Menurut profesor tu di dalam penjara yang ada sekarang kat area kajang aje ada 2500 perogol yang menanti hukuman. Itu kes yang dapat di tahan. Yang tak di tahan tak masuk dalam list. Ntah-ntah perogol tu ada kat sebelah korang. Maknanya kehidupan pesalah seks ni berada di mana-mana. Teman tapi mesra korang pun mungkin dalam list tu kot. Berhati-hatilah yek terutamanya pada pompuan-pompuan yang mudah mesra dengan lelaki2 tu.
Ada kes yang di kendalkan oleh profesor tu melibatkan kes-kes pompuan bercinta dengan pompuan, lelaki dengan lelaki dan kes budak-budak bawah umur pun ada. Ada pompuan yang mintak kaunseling dengan selamba buat projek depan-depannya. Maksud akak aku beromen tanpa malu dan segan. Aku rasa ni mesti hantu lesbian yang gian la ni. Yang lebih hantu dari kak ponti atau sejenis dengan anak ponti yang gambarnya hangat keluar kat internet dulu tu….
Menurut kata profesor tu lagi, cerita akak aku la, ada seorang clientnya, baru berumur 21 tahun tapi dah terbukti positif HIV carrier. Maknaya dia pembawa yang merbahaya. Selalunya pembawa ni hidup panjang sikit tapi tetap akan di serang virus tu la, kalau dia tak cure. Kata profesor tu mamat ni seorang gila seks dan telah berterus terang dengan profesor ni dia tetap akan meneruskn kegiatannya dengan pompuan dan tak akan berubah sampai bila-bila. Maksudnya sampai dia mati la kot. Mamat ni masih muda dan kerap duduk di Central market menanti mangsanya. Dia mengakui telah meniduri lebih dari seratus wanita. Mungkin sebab mukanya hensem la kot. Sebab tu mudah dapat bahan. So aku harap pendedahan ni akan menyebabkan pompuan2 di luar tu berhati-hati lah kalau terlibat dengan lelaki macam ni. Kalau mana-mana wanita yang rasa-rasa pernah terlibat dengan mamat dari central market tanpa nikah ni cepat-cepat lah chek. Mana tau dapat surprise gift dari dia. Ni satu contoh hantu. Hantu ni lebih merbahaya dari yang tak nampak tu. Kalau hantu yang tak nampak dengan mata kasar tu kita boleh elak-elak, sebab bukan senang nak jumpa. tapi kalau kena hantu yang sekor ni agak-agak macamana la yek. Hantu yang kat central market tu sbnrnya berlambak kat pasaran la ni. Maka berhati-hatilah dengan hantu yang tak kenal siang malam ni. Dia berada di mana-mana. Mungkin sedang memerhatikan anda. Cuba tengok mamat kat sebelah korang tu agak-agak ada iras-iras hantu ke? Maksud aku hantu s**s…..heeee…Percayalah menurut statistik profesor tu pesalah seks paling bangang yang di kendalikanya adalah seorang ayah yang membuat benda tu dengan anak daranya yang baru 2 bulan kenal dunia. Inilah hantu moden yang paling bodoh rasanya. Apa la yang dia dapat dengan budak kecik sekecil tu….Kalau budak kecik yang tak berbentuk apa-apa tu pun dia boleh terangsang apatah lagi korang yang seksi meksi maggi mee tu…..Beringat sebelum kena
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: hantu cerita mistik | No Comments »
Posted on June 22, 2008 by lanjoy
Semalam Aku dan dua anak sedara aku pergi cari rumah sewa area Seri Kembangan. Anak2 sedara aku tu skang duduk kat Bangi. Tapi macam kat Taman Negara aje lokasinya. Rasanya kalau aku pergi ke rumah dia orang tu seolah-olah aku kena naik rakit kemudian naik jambatan gantung kemudian naik rakit balik, kemudian kena harung air kat paya kemudian panjat bukit, lepas tu panjat gunung pulak lepas tu kena turun gaung sedalam 5 km pas tu selepas badan kering barulah sampai kat rumah. Kira-kira 6 purnama perjalanannya. Sebab itulah ku mencadangkan derang tu supaya follow aku cari rumah sewa. Selain berdekatan dengan tempat kerja masing-masing, tempat untuk bershopping pun dekat2 aje.
Aku rasa area Seri Kembangan tu ok jugak. Itupun anak sedara aku yang namanya emey muka iras2 pelawak antarabangsa tu kata tempat tu murah. Dalam pencarian semalam tu berkobar-kobar jugaklah aroma di jiwa melihat rumah-rumah yang boleh kami sewa. Ada apartment, ada kondo, ada rumah teres dan ada banglo boleh kami pilih. Di sebabkan kondo agak terlalu mewah buat kami yang belum mewah lagi maka condominium 5 bilik menjadi pilihan. Selain dari suasana romantika di pergunungan ciri-ciri nak tidur lena yang agak terserlah menjadikan ia pilihan terbaik.
Tapi aku agak heran dan musykil jugak sebab ada banyak rumah-rumah teres dan banglo yang bersepah-sepah kosong tiada berpenghuni. Suasana kediamannya memang best giler tapi orang tak ada. Panorama indah di atas bukit dengan suasana kekampungan seperti tidak mendapat sambutan. Aku dan anak2 sedara aku tu berangan la jugak nak beli sorang satu rumah-rumah tu. Tapi bila tengok kat kocek ada dalam 30 hinggit maka tak jadilah kami nak menunaikan hasrat murni tu. Mungkin dalam 30 tahun lagi la kot. heee
Selepas berpusing-pusing dan pening-pening lalat akhirnya aku pun berangkatlah pulang. Walaupun rumah untuk di sewa dah di pilih tapi belum pun confirmkan dengan ownernya tapi aku rasa bersemangat nak pindah. Sebab aku sekarang pun duduk kat rumah akak. Selain dari agak jauh biasalah menyusahkan dia aja. Dah lah makan belum bayar lagi. Asyik free aje. Kain baju pun maid dia yang tolong basuh. Kan ke mementingkan diri tu. So dengan adanya rumah sewa sendiri aku kenalah manja2kan diri sendiri.
Ketika onda way balik anak sedara aku yang bernama emey tu menerima tipon dari kawan dia yang keretanya rosak. Maka kita orang pun terpaksa la melihat apa masalahnya. Ketika tiba di lokasi di City Plaza terlihatlah dua gadis keblurran sebab keta tak bley start. Nasib baik cun jugak kawan anak sedara aku tu. Nak membantu pun lebih mudah. Ringan ler tangan rasanya.Di sebabkan aku ni ala-ala macho konon2nya berlagakla pandai-pandai bangang memeriksa. Tapi rasanya semua orang pun tahu masalahnya adalah bateri. Tapi kereta kawan anak sedara aku tu agak brutal jugakla sebab baterinya macam dah 200 tahun di gunakan. heee mungkin dah sampai masanya saat ia di tukar kalau tak mungkin 3o tahun lagi pun masih di gunakan. Tapi aku tak la salahkan tuan kereta tu sebab macam aku jugak la…Bab2 nak periksa kenderaan ni memang malas giler. Satu lagi bukannya banyak masa pun nak chek mengechek ni. Kerja memanjang.
Selepas tiada pilihan selain menukarkan yang baru maka bateri pun terpaksalah di cari. Nasib baik area seri serdang tu banyak kedai bukak. So tiada masalah la. Walaupun kadang-kadang bateri yang di beli tu agak macam gampang2 gitu tapi memang tiada pilihan sekarang ni. Macam aku jugaklah 2 tahun lepas kena beli bateri dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar di sebabkan masa aku kena tu hari ahad. Kedai tutup. Bila dah beli aku chek kat kedai lain esoknya harganya separuh dari harga yang derang bagi.
Rasanya semua pemilik kenderaan kenalah ambik tahu selalu tentang kebajikan kenderaan masing-masing. Bila dah jadi macam kes kawan anak sedara aku tu kan susah. Sudahlah awek kena pulak masa yang tak sesuai. Mesti tension. Kenderaan ni pun macam orang jugak kena di jaga dan di belai. Ada hati dan perasaan. Kalau silap haribulan bila dia merajuk memang payah le. Aku dah banyak kali kena. Rasanya kalau korang nak tukar kereta sekali pun jangan le cakap depan-depan kereta tu. Klau boleh simpan dalam hati aje. Kalau tak silap-silap kereta yang sepanjang masa di pakai tak pernah meragam tiba-tiba aje buat hal. Tak percaya cuba lah bagitahu kat kereta tu nak tukar kereta baru. Dalam seminggu tu kalau tiada apa-apa yang berlaku maka rasanya dia memang tak sayang dengan korang la. heee.
Tapi bila bercakap tentang kereta kawan anak sedara aku tu rasanya seperti bercakap dengan diri aku sendiri la. Dah 2 minggu aku tak chek enjin kereta aku tu. Minyak enjin dah nak kena tukar, filter pun dah wajib di ganti, getah brek pun dah makin nipis rasanya, absorber dah kong, dan yang paling aku bingung badan kereta aku dah makin banyak kena chicken pork. Tunggu masa untuk di baik pulih dan di cat baru. Kalau jual lelong pun rasanya orang tak pandang. Malas tul aku ni di tambah lagi dengan faktor kewangan yang semakin meruncing. Lambat pulak gaji ni…heeee.
Hari ni jap lagi nak ronda-ronda. Nasib baik anak2 sedara aku ada keta. Selamat la keta dan kocek aku. heeee
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: rumah sewa dan kereta rosak | 1 Comment »
Posted on June 21, 2008 by lanjoy
Semalam selepas sembahyang jumaat aku di kehendakki ke dewan untuk menghadiri perhimpunan pegawai2. Aku pun tak faham dalam sibuk2 kerja pekara2 remeh seperti ini memang kadang2 mengganggu. Perhimpunan ini bertujuan untuk memupuk semangat taat setia pegawai2 kepada majikan. Sebagai orang baru yang tak banyak tahu tentang perhimpunan seperti ini aku kira ia hanya membazirkan waktu sahaja. Banyak perkara lain yang berfaedah yang boleh di buat. Bukan aku nak mengutuk tetapi perhimpunan tu boleh di buat tapi mungkin 3 bulan sekali. Ini dalam sebulan dua tiga kali ada sahaja perhimpunan. Nasib baik semalam tiada job2 urgent.Kalau tak membazir sahaja 2 jam.
Perhimpunan yang mencampurkan lelaki dan perempuan dalam satu dewan dengan berpakaian sukan. Apa lagi yang boleh aku kata selain dari mencuci mata. Melihat pegawai2 perempuan yang montok2 mengenakan tracksuit memang menyeronokkan. Tapi apabila keluar seorang ustaz untuk membacakan doa kesyukuran supaya majlis itu berjalan dengan selamat nampak aneh pada mata aku. Mungkin setakat berdoa untuk kebaikkan nampak tak salah tapi kalau dah bercampur lelaki perempuan dengan pakaian menjolok mata dan wanitanya tidak bertudung aku rasa tidak kena. Mungkin bagus kalau di asingkan lelaki dengn perempuan. Itu lagi bagus.
Selepas itu ada pulak senaman yang di bawakan khas untuk menguatkan dan menegangkan otot-otot kendur. Instructornya aku kenal memang seorang pengamal seni persilatan melayu yang terkenal. Petang semalam aku belajar seni senaman melayu tua. Aku ingatkan untuk orang2 tua sahaja. Tapi senaman ini sesuai untuk orang2 muda jugak macam aku ni. Tapi aku dah amalkan bentuk senaman ini agak lama jugak semenjak dari sekolah menengah lagi. Walaupun nampak berbeza tapi pergerakkannya sama dengan yan aku selalu amalkan. Maka tidaklah terlalu canggung pada aku.
Tapi seperti yang aku katakan apabila bercampur lelaki dan perempuan sudah tentu ada perkara-perkara yang tak elok tersembul keluar. Ketika sesi pemanas badan ada suruhan instructor yng di salah ertikan oleh pegawai-pegawai. Kebetulan pegawai-pegawai wanita memang selalunya lambat menangkap arahan. Ada satu arahan tu instuctor menyuruh kami membongkokkan separuh badan tapi yang di buatnya pulak ialah menonggeng dalam aksi mengghairahkan. Kebetulan aku berada di belakang beberapa pegawai wanita. Seronoknya jugak melihat aksi porno di depan aku tu. Hehehe…Aku lagi suka melihat mereka menonggeng lama-lama…..
Maka petang semalam bersenamlah aku dengan dua orang lagi rakan sepejabat aku. Semuanya orang baru. Pegawai2 lain semuanya tak pergi sebab malas. Aku terpaksa pergi sebab minggu lepas ada perhimpunan aku tak pergi. Aku rasa dalam dewan ada lebih kurang seribu pegawai ke semuanya. Mula2 tu rasa pening2 lalat jugak sebab dah dua minggu tak eksesais tapi lama-lama rasa okla. Selain tu dapt tengok banyak aksi-aksi erotik pegawai-pegawai wanita. Tapi tak jauh dari aku tu jugak terlihatlah satu aksi erotik yang tak stim langsung. Sebabnya ia adalah aksi seorang wanita di dalam tubuh seorang jantan yang telah mengubahsuaikan dirinya sebagai pondan yang gampang. Geli geleman aku….
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: senaman tua dan aksi erotik | No Comments »
Posted on June 17, 2008 by lanjoy
Aku seorang designer. Apa la kelas seorang designer? Kerja designer. Masa aku kecik-kecik dulu tak ada pun dalam cita-cita aku termasuk kawan-kawan sekelas aku yang nak jadi designer..Balik-balik nak jadi guru, Askar, Polis, Arkitek, Doktor, Peguam. Tapi paling banyak nak jadi doktor. Aku pun pernah jugak bagitau cikgu cita-cita nak jadi polis. Tapi lepas tu aku tukar jadi peguam. Tapi lepas tu aku tak confirm apa kerja le aku boleh buat. Sampaila aku abis form six pun aku tak tau cita-cita aku nak jadi apa. Nak jadi orang ke apa agaknya. Tup2 selepas keluar masuk kerja-kerja rencam dan jadi kuli aku di tawarkan kerja sebagai pereka di Jabatan kerajaan di Kedah. Masa tu la baru aku tau kerja pereka tu adalah designer. Dek kerana kerja tu la aku sambung belajo kat UITM dulu pangil ITM. Ambil jurusan Senireka. Dapatlah degree walaupun degree tu orang kata degree tak laku. Tapi sepanjang pengetahuan aku, selepas aku grad hampir ke semua budak-budak sekelas aku dapat kerja. Sekarang ada yang gaji dah berbelas ribu pulak. Ada yang jadi Art Director, Creative Director dan punya company yg dasat-dasat dengan pendapatan 30-60 ribu sebulan. Siapa kata designer tak boleh hidup…?
Tapi pengeluaran pekerja-pekerja creative ni memang jarang di perbesarkan. Tapi jangan lupa mereka-mereka yang creative ni boleh menyebabkan ramai orang sesak nafas. Sebab mereka banyak idea yang tersirat dan tersurat yang tak nampak. Nantilah kalu ada masa aku cerita maksud tersurat tu…heeee
Ramai jugak member2 aku termasuk anak-anak sedara aku yang terikut macam aku. Jadi designer. Tapi sebenarnya kerja designer ni banyak bermain dengan mood dan perasaan. Kalau kena hari kerja memang dasat. Tapi kalau silap haribulan kerja jadi gampang tahap gambir….opps tapir. Kadang-kadang boleh membunuh orang. Walaupun selalunya orang yang rasa nak bunuh kita. hee
Kerja designer banyak guna kepala otak, pemikiran dan kreativiti seni yang selalunya banyak bermain dengan emosi. Sebab tu ada designer yang kalau boleh nak duduk rumah aje jadi suri rumah. Walaupun seorang jantan seperti aku ni. Sebab kerana kerja designer ni seperti aku la, masa tak pernah membantu . Kadang-kadang aku kena mengejar masa. Malam siang pagi petang semua macam satu masa yang sama. Tidur ofis macam tidur kat rumah banglo 18 tingkat. Pergi kerja mata layu, muka comot, ketiak busuk, bau kaki melantung sebab tak ada masa nak kontrol diri. Heeee.
Tapi hati seorang designer ni baik…lembut..walaupun seorang brutal. Sebab seorang designer tu selain dari mereka bentuk kerja dia jugak boleh mereka bentuk hati orang. Orang seni ni dia boleh bermain dengan jiwa tapi selalunya di sebabkan oleh terlampau banyak buat eksperiment sampai lupa dia bercinta dengan siapa. Sebab tu di tingalkan sebab banyak masa bersama dengan pejabat dan kerjanya. Kesian seorang designer. Tapi selalunya hati seorang desinger ni ikhlas. Kalau kawan atau bercinta setia pada yang satu….Agaknya la…Apa pasal la aku masuk bakul angkat kaki ni. Macam la semua designer tu bagus-bagus….Ceh……
* budak-budak designer macam aku - anak sedara aku, kawan anak sedara aku 1, kawan anak sedara aku 2
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: Kerja designer aku | No Comments »
Posted on June 16, 2008 by lanjoy
Dah hampir dua minggu aku tak mengupdate kan blog ni….Semuanya kerana kerja…kerja…kerja…..Begitulah….Kalau tak kerja mana nak dapat duit. Masa aku menulis ni pun aku masih dalam tugasan. Curi2 ambik masa. Esok date line. Poning kepala….
Hampir seminggu lebih aku balik pukul 12 malam tiap-tiap hari. Masuk kerja pukul 7.30 pagi. Bayangkan betapa pengorbanan untuk duit menyebabkan hilang kebebasan untuk mengecapi cuti hujung minggu. Setiap orang mempunyai nasib yang berbeza. Ada orang seusia aku ketika ini duduk rumah goyang kaki, tunggu duit masuk ke kantung. Mungkin sesetengahnya menghabiskan duit mak bapak dia orang yang tak habis-habis. Ada juga yang yang setelah berhempas pulas bertahun-tahun akhirnya ambil keputusan merilekskan diri mengecapi kejayaan dengan duit yang bertimbun-timbun di bank. Ada juga yang jadi orang kaya segera kerana pelaburan yang menjadi. Ada juga yang berjaya kerana bisnes yang besar dari tender kerajaan walaupun dengan usaha bawah meja. Semuanya dengan nasib yang berbeza.
Seperti orang-orang yang senasib dengan aku, kerja ibarat tiang rumah yang mesti di tahan supaya tidak jatuh. Kalau runtuh alamat rumah akan menyembah bumi. Tapi percayalah setiap pengorbanan yang ikhlas pastinya akan mendapat hasilnya kelak. Paling penting rezeki itu halal dari usaha titik peluh kita sendiri. Bukan dari titik peluh orang lain atau dari keringat ibu bapa yang penat membanting tulang.
Bekerjalah setengah mati tapi jangan lupa tikar sembahyang. Jangan pulak ingat tikar aje tapi sembahyangnya tidak. Jangan pulak tikarnya yang sembahyang nanti ada yang mati terkejut. Macam aku kat ofis ni tiap-tiap hari bersembahyang berjemaah. Walaupun aku kadang-kadang terlepas juga. Tapi sedikit sebanyak mengingatkan kita betapa sesuatu yang wajib itu sering kali kita lupa. Sedangkan itu yang paling utama.
Sekarang aku dalam keblurrran sebab tidur tak cukup. Dahlah balik lewat…pulak tu ada bola lagi….Layan sampai pukul 3-4 pagi. Akhirnya aku tidur 2 jam tiap-tiap hari. Pukul 6 pagi aku dah kena bangun. Pukul 7.00 pagi dah start enjin keta. Pukul 7.10 dah gerak ke tempat kerja. Pukul 7.40 sampai ofis. Pergi cafe sekejap pekena breakfast. Pukul 8.00 dah start kerja. Kadang-kadang makan pun lupa. Aku rasa geng-geng designer macam aku dan anak2 sedara aku yang senasib mesti faham. Begitulah nasib seorang designer. Kerja teruk tapi tiada sesiapa yang pandang. Kalau kerja doktor, arkitek, lawyer masing-masing berebut nak buat menantu. Tapi bila part designer ni kalau bagitau kat orang-orang lama confirm diaorang ingat kita ni kerja peon. Kerja pembantu pejabat. Walaupun seorang designer kini boleh menjadi jutawan kalau kena gayanya. Tapi kesian la sebab disigner ni masih di cop kelas ke dua. Bagi orang-orang yang faham kerja ni adalah kerja profesional yang bukan semua orang boleh buat. Cuba tengok screen monitor komputer ni siapa lah agaknya yang merekanya. Begitu jugalah keyboard yang kita dok menunjal-nunjal jarinya. Kalau tak ada designernya manakan dapat rupanya. Cuba tengok kerusi kita duduk, meja, kasut, baju, seluar dalam dan sebagainya. Semuanya kerja designer…..tak caya tanyalah…aku…sebab aku designer…apalah……sebenarnya aku tengah blurrrrr…..
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | No Comments »
Posted on June 4, 2008 by lanjoy
Tempat baru…suasana baru…..
Baru tiga hari sudah rasa macam satu tahun…Macamana la rasanya kerja sampai 20 tahun lagi….Haaaa….!!! Bila la nak kaya nih….Tak payah keja……Waaaaa!!! Aku nak nangis!!! Tolon…tolon….
Filed under: Kisah Cinta dan Aku | Tagged: cerita pasal aku laa | No Comments »